PENGENALAN

Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin. Melalui PBSMM. pelajar akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan ke atas seseorang mangsa sama ada semasa tenang atau ketika suasana cemas

1. Melatih para pelajar supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas untuk kegunaan diri, keluarga dan masyarakat

2. Melatih para pelajar supaya mempunyai kemahiran berkaitan dengan perkhidmatan pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat lanjutan.

3. Melahirkan ramai pelajar atau jurulatih bagi pihak pasukan bantuan sukarela, PBSM yang mampu mengembang, membentuk, memimpin dan merancang kegiatan kesukarelawan melalui kegiatan dan aktiviti persatuan di dalam kampus dan juga luar kampus khususnya setelah
tamat pengajian

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia diselaraskan oleh beberapa pegawai penasihat yang terdiri daripada guru-guru sekolah. Aktiviti yang dijalankan dikendalikan oleh tenaga pengajar PBSM yang berpengalaman luas pada pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang seminggu sekali

Pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuk latihan kawad kaki, latihan pertolongan cemas, lawatan hospital ke wad kecemasan, ceramah tentang punca-punca penyakit dan pencegahannya dan perkhemahan rekreasi.

Kegiatan luar juga diadakan bertujuan untuk memperluaskan pandangan, pengalaman, dan pengetahuan kepada ahli persatuan ini. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan ialah:

1. Latihan dan pertandingan kawad kaki semasa Hari Sukan.

2. Menganjurkan pertandingan kawad kaki antara unit-unit beruniform

3. Hari Bendera

4. Mengundang pensyarah untuk memberi ceramah tentang punca-punca penyakit dan pencegahannya